..

:: Ahlan Wasahlan

Ahlan Wasahlan Ke Blog Ukhti Hazwani .. Moga Mendapat Faedah .. :)

blog moods


sahabatku

Monday, November 26, 2012

November .. Wee .. :)

Bismillahirrahmnirrahim ..
Alhamdulillah .. syukur .. segala puji bg Allah kerana masih mengurniakan nikmat Iman dan Islam dalam kehidupan kita .. ana .. shbt .. keluarga .. dan semua saudara semuslim kita .. Allah .. sepanjang November niey mmg banyak memberi pengalaman pengajaran pada ana ..First thing first .. Alhamdulillah .. Allah dh permudhkan urusan ana dan sahabat2 menjayakan projek mega PMIUM .. BRO-MC '12 ..Allah .. hanya Allah yang mengetahui rasa syukur ana .. tidak terhingga .. Allah permudhkan urusan kami .. syukur .. sepanjang program .. banyak yg ana dapat .. kena sabar .. positif selalu .. kreatif .. :) .. then balik dr BRO-MC .. terus membantu shbt2 ana menjayakan flashmob HOMELESS PMIUM .. anjuran HEWI PMIUM .. first time berlakon depan org ramai .. hee .. then dengan semangat nya ada game Volleyball plak petang tue .. fuhh .. penuh jadual .. Alhamdulillah .. Allah elakkan ana dari buat perkara yang lagho .. :) .. org tya .. penat ..? tidak terkata .. namun .. kekuatan fizikal .. mental niey ALLAH yang bagi .. syukur tak terhingga .. okeyh .. banyak pula ana berceloteh .. ana selitkan sedikit gambar untk semua .. 







Enjoy reading .. ^^

Thursday, November 22, 2012

Puasa Sunat 10 Muharram

Bismillahirrahmanirrahim ...

:: Moga ALLAH Redha ::

hermm .. pagi yang hening di hari Jumaat niey .. dalam dok sja2 pon .. banyak dpt ilmu sebenarnya .. terutamanya isu puasa sunat 10 Muharram niey .. :) ana ada crik2 maklumat pasal perkara nim .. memandangkan tahun niey .. 10 muharram jatuh hari sabtu .. kita kena ka posa hari jumaat .. tgok jawapan kt bawah niey ekh .. ^^ .. slmt membaca .. hal kebaikan kita sebarkan .. andai ada salah .. tgur2kan .. ^^

  • Bagi sesiapa yang mampu, mari kita sama-sama berpuasa sunat esok (23 Nov = Hari Tasu'a 9 Muharram) dan ( 24 Nov 2012 = Ashura' = 10 Muharram) dan bakal beroleh kebaikan iaitu keampunan dosa kecil setahun, manakala dosa besar pula diharapkan dapat berkurangan atau menyuntik kekuatan untuk taubat di samping pahala mengikut Sunnah. Demikian pandangan Imam An-Nawawi.
  • Imam Ibnu Qayyim berpandangan terdapat tiga kaedah melaksanakan puasa hari ‘Ashura iaitu:-
  • 1. Berpuasa tiga hari iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharram, atau
  • 2. Berpuasa 9 dan 10 Muharram, atau
  • 3. Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Tasu'a berasal daripada Bahasa Arab tis'a yang ertinya sembilan, sementara 'asyura berasal daripada ‘asyara yang bererti sepuluh.
Puasa Tasu'a dan 'Asyura dikerjakan pada tarikh 9 dan 10 Muharam pada kalendar Hijrah. Tahun ini (1433H) Puasa Tasu'a dan 'Asyura dikerjakan pada hari Isnin dan Selasa (5 dan 6 Disember 2011). Hukum puasa ini adalah sunnah; dianjurkan untuk dikerjakan namun tidak berdosa bagi yang tidak melakukannya. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Puasa itu boleh menghapuskan dosa-dosa kecil pada tahun lalu.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Puasa 'Asyura telah dilakukan oleh masyarakat Quraisy Makkah pada masa jahiliah.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam juga melakukannya ketika masih berada di Makkah mahupun setelah berada di Madinah.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasulullah sempat diprotes oleh umat Islam di Madinah:
“Ya Rasulullah, hari itu ('Asyura) diagungkan oleh Yahudi.”
Maksudnya, kenapa umat Islam mengerjakan sesuatu umpama seperti yang dilakukan oleh umat Yahudi? Baginda lalu bersabda:
“Pada tahun depan insya-Allah kita akan berpuasa pada tarikh 9-nya.”
Setelah itu, tidak hanya disunatkan berpuasa pada tarikh 10 tetapi juga tarikh 9 Muharam. Namun, sebelum datang tahun berikutnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah wafat.
Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan keinginan beliau untuk berpuasa pada tarikh 9, dimaksudkan agar tidak sama seperti yang dilakukan oleh Yahudi dan Nasrani. (Fathul Bari 4: 245)
Soal persamaan dengan puasa Yahudi ini diriwayatkan bahawa ketika tiba di Madinah, Rasulullah melihat orang-orang Yahudi di sana juga berpuasa pada hari 'Asyura.
Baginda bertanya,
“Puasa apa ini?”
Mereka menjawab,
“Satu hari yang baik, ini adalah hari Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu sebagai tanda syukur.”
Maka baginda bersabda,
“Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kamu (Yahudi), maka kami akan berpuasa pada hari itu, sebagai bentuk pengagungan kami terhadap hari itu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Setelah Rasulullah wafat, hari 'Asyura' dijadikan oleh kumpulan Syiah, iaitu kumpulan yang sangat mengagungkan Saidina Ali dan keluarganya, sebagai hari berkabung, dukacita dan menyeksa diri sebagai ungkapan kesedihan dan penyesalan, yang mana persamaan tanggal itu juga, Saidina Hussein terbunuh di Padang Karbala.
Pada setiap hari 'Asyura, kumpulan Syiah memperingati kematian Hussein dengan cara berkumpul, menangis, meratapinya secara histeria, membentuk kumpulan-kumpulan berkeliling di jalan-jalan dan di pasar-pasar sambil memukul badan mereka dengan rantai besi dan belati, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan lain-lain.
Sebagai bandingan daripada apa yang dilakukan oleh orang Syiah di atas, kelompok umat Islam yang lain menjadikan hari Asyura sebagai hari raya, pesta dan serba ria. Dua budaya yang sangat kontra ini berlangsung terutamanya pada zaman dinasti Buwaihi (321H-447 H.). Pada masa itulah berlakunya pertentangan antara Sunni dan Syiah dengan hebatnya.
Justeru, hari 'Asyura sepatutnya diisi dengan ibadah puasa saja sebagaimana yang telah dianjurkan oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam.
Tentang keutamaan puasa 'Asyura ini, Ibnu Abbas menyatakan,
“Saya tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa pada suatu hari kerana ingin mengejar keutamaannya selain hari ini ('Asyura) dan tidak pada suatu bulan selain bulan ini (maksudnya bulan Ramadan).”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Selain itu, pada hari Tasu'a dan 'Asura ini umat Islam digalakkan memperbanyak istighfar (atau membaca astaghfirullahal azim), meminta ampun kepada Allah dan membaca hauqolah (la haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil azim) sebagai bentuk pengakuan bahawa tiada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah.
Semoga Allah menurunkan rahmat-Nya dan menghilangkan segala bencana.

Pakar Hati

Bismillahirrahmanirrahim ... Allah ..

Hati niey .. senang sgt nak sentap bila terdengar,terbaca kata2 yg terkena pada batang hidung sndri .. alhamdulillah .. ada jugak perasaan kan dari tidak terkesan lansung .. :)

hati .. qalbi .. makna yang sama .. hanya satu perkataan .. tp bagi yang memahami .. hati adalah perkara yang sangat penting sekali dalam kehidupan kita .. sebagai hamba ALLAH di atas muka bumi ini .. kenapa ..? 
teringat perkongsian Ustaz Salman dalam pengajaran beliau baru2 niey .. ustaz kata .. dalam semua pekerjaan niey .. mesti ada yang PAKAR .. PAKAR BEDAH .. PAKAR GIGI .. PAKAR MATA .. dan yang pasti orang yang mempunyai kepakaran niey .. cnfrm akan menyelesaikan satu masalah tue dgn mudah .. lebih singkat dr mereka yang tiada kepakaran .. kenapa ..? kerana kepakaran tue ada pada mereka .. nak kongsi kt sni .. HATI kita niey pon mempunyai PAKAR nya .. siapa ..?? Yang Maha Besar .. Yang Maha Mengetahui .. Allah .. hati niey umpama mesin .. andai rosak mesin nim .. rosaklah seluruh peribadi dan kehidupan kita .. hanya Allah yang membolak balikkan hati .. DIA tahu kehendak,keperluan hambanya .. mohonlah kepada PAKAR HATI ni .. agar terpelihara hati kita .. mohon pada Allah .. jangan lepas memegang hati-hati kita .. supaya kita tak membuat tindakan sendiri .. tanpa redhaNYA ..

mari sama menjaga HATI .. agar kita dapat sekeping HATI yang berkualiti .. ^^

Wednesday, November 21, 2012

Bro-Mc 2012

Next Program .. Jom .. Join Us .. PMIUM .. Generasi Islam Untuk Semua ( GENIUS )



Tika Ini

Bismillahirrahmanirrahim ..

Allah .. 
kebelakangan niey diri rasa lemah sangat .. sama ada luaran,dalaman,fizikal dan rohani .. berserabut dengan tugasan .. gerak kerja program2 .. sukmum .. hermm .. diri sndri niey mampu ke nak tanggung .. moga kesibukan yang ada niey lebih dapat mendekatkan diri dengan Allah .. moga lebih rasa bersyukur dengan nikmat MASA yang Allah bagi sebelum-sebelum .. 

Yang penting .. IKHLAS kan diri .. positif slalu .. moga ALLAH redha ..


okeyh .. niey perkongsian sket cara2 nak ikhlaskan hati .. ^^



bagaimana cara untuk mengikhlaskan diri?


Hal pertama yang harus anda lakukan adalah memahami diri anda. Proses ini sangat penting karena bagaimana anda dapat mengikhlaskan diri anda apabila anda tidak memahami siapakah diri anda? Tentu tidak bisa.



Dalam proses memahami diri, anda perlu memperhatikan apakah sikap dan kebiasaan anda, apakah kelebihan dan kekurangan anda, apakah potensi serta bakat anda. Semakin banyak informasi yang anda dapatkan ketika menanyakan kepada diri anda, semakin banyak pula peluang untuk berdamai dengan jiwa anda.



Misal anda adalah orang yang sangat cerdas dalam bidang musik, tetapi anda tidak begitu cerdas dalam bidang matematika. Akuilah diri anda sebagaimana adanya diri anda. Tanamkanlah pepatah berikut dalam kerangka berpikir anda,



“Tidak akan ada kebaikkan, tanpa pernah mengetahui adanya keburukkan. Tidak akan ada orang cerdas, tanpa pernah mengenal adanya orang yang kurang cerdas. Jadi, hargailah setiap apa yang ada.“



Hal kedua setelah anda berhasil memahami diri anda adalah memaknai setiap apa yang ada dalam diri anda. Karena paham saja belum cukup untuk dapat mengikhlaskan diri, perlu adanya suatu kemampuan untuk memaknai pemahaman tersebut.



Sebenarnya, memaknai apa yang ada dalam diri anda sama halnya dengan menerima sebaik-baiknya diri anda, baik itu kelebihan maupun kekurangan anda. Perhatikan pepatah berikut,



“Kelebihan akan menjadi kekurangan apabila tidak mampu memaknainya. Begitu pula sebaliknya, kekurangan akan menjadi kelebihan apabila mampu memaknai kekurangan itu dengan baik."



Terlihat jelas maksud dari pepatah diatas, bahwa kekurangan dapat menjadi kelebihan, namun kelebihan juga dapat menjadi kekurangan.



Lalu apa hubungannya memaknai kelebihan serta kekurangan diri dalam proses mengikhlaskan diri? Jawabannya adalah dengan mampunya anda untuk memaknai hal tersebut, anda dapat lebih menghargai diri anda.



Lalu bagaimanakah cara untuk memaknai setiap apa yang ada dalam diri kita? Caranya cukup mudah yaitu,

- Tanamkan pada kerangka pikiran anda, bahwa segala sesuatu yang ada pada diri anda adalah potensi terbesar anda untuk meraih kesuksesan




Hal ketiga yang perlu diperhatikan adalah mensyukur atas se-apa adanya diri anda lalu terseyumlah, karena itu merupakan bukti bahwa anda sudah berdamai dengan jiwa anda. Tidak akan ada lagi rasa kekecewaan dan ketidakpuasan antara anda dengan jiwa anda. hal terakhir dari proses mengikhlaskan diri ini ada pada pepatah berikut,



“Tuhan adalah sehebat-hebatnya pencipta, maka janganlah pernah meragukan ciptaan-Nya.“



Setelah anda berhasil menjalankan ketiga cara diatas (memahami, memaknai, dan mensyukuri) maka anda akan menjadi pribadi yang mempunya semangat baru dengan hati yang selalu diliputi dengan kedamaian.