..

:: Ahlan Wasahlan

Ahlan Wasahlan Ke Blog Ukhti Hazwani .. Moga Mendapat Faedah .. :)

blog moods


sahabatku

Thursday, December 15, 2011

Al-Kisah Percintaan Antara HATI Dengan IMAN..

Kadang-kadang hati kering tanpa sinaran hidayah daripadNya. 
Oh, iman.. Janganlah tinggalkan hati..
Hati sayang iman..

Andai iman pergi tinggalkan hati, pasti hati terluka...
Imanlah penawar hati...
Keranamu iman, Hati mengenal Sang Pencipta Yang Maha Pengasih..
Yang telah mengurniakan iman pada hati..

Iman, hati perlukan iman..
Ya Allah, Kau peliharalah iman ku ini..Ya Allah..
Imanlah sebaik-baik teman yang indah sekali buat hati..

Iman, hati perlukn iman..
Bila iman tiada di hati, tiada erti hidup di dunia ini..
Iman, ke mana iman pergi? 
Hati ini gelap tanpa iman..
Hati..hati harus digilap..
Agar hati sentiasa bersih dari terpalit cebisan kekotoran..
Bila hati kotor, iman pun hilang...
Bagaimana ingin menggilap hati tanpa iman?
Bagaimana ingin menggilap hati kalau iman tiada?
Iman, hati akan mencari iman!
Kerana iman sepatutnya berada di hati..

Iman, tanpa iman..hati mati... 
Ya Allah, Engkau tempatkanlah iman di hati..
Ya Allah, Engkau kekalkanlah iman di hati..
Jangan biarkan imanku lari, Ya Allah..
Ya Allah, bila iman ada di hati..
Hati tidak akan mati, Ya Allah..
Ya Allah, hati hanya ingin mati bersama iman, Ya Allah..

novel...^_~

assalamualaikum...lma tak mencoret something yang bru at blog niey an..maap laa...ana agk bz kblkgn niey..idea nk menulis pon agk kurang laa....^_~...ok..bca novel adalah salah satu kegemaran ana...dan ana suka baca novel2 hasil karya Hilal Asyraf..bagi ana,ayat2 dalam semua novel2 Hilal Asyraf leh bagi kesan yang mendalam pada pembaca2 semua...dan yang ana suka...boleh dikatakan semua novel Hilal Asyraf yang ana baca,memang tak lari tema..."IMAN"..semua yang kita wat kt atas dunia ini semua dikaitkan dengan IMAN+IBADAH...tulisan yang mudah difahami...ana suka...so..ana harap..antum semua yang rjin baca novel cm ana...cba test lak bca novel2 Hilal...Selain dr novel2 Hilal...ada gak novel2 lain ana bca..n tak kurang hebatnya..=)...
kat bawah niey himpunan novel2 yang ada kt ana...dh brulang kali ana baca...tak bosan...^_~


novel niey...tema nya...sahabat dalam keimanan..ana sangat suka baca novel nie..
antara ayat dlm buku niey yang sgt bg kesan pd ana...
"aku akan bersamamu setiap masa walau keneraka sekalipun tetapi untuk menarikmu semula ke syurga..
lebih kurang cmtue la ayt dy...papepown...
mmg terbaik buku  niey...=)



bagi ana..HERO adalah satu pembaharuan dlm penulisan Hilal Asyraf..
crita mcm ala2 Superman...tp niey Superman yang beriman...^_~..
terbaik novel niey...



Sukan adalah ibadah..niey tema novel niey...
orang yang suka bersuka mcm ana,mmg akan rasakan satu pembaharuan bila baca buku niey...
so,ana sarankan baca...hekhek...


tak larat ana nk wat sinopsis...
tp buku niey pon terbaik...^_~



buku niey macam buku motivasi...
untuk memotivasikan diri n hati..leh baca bu ku niey...
tak berat..tp santai n mudah difahami..



niey buku Fatimah Syarha..buku niey pon mmg terbaik r...!!=)



yang niey buku yang paling tebal ana penah ada...
sesuai la utk mahasiswa mcm ana baca bku niey..
byk mklumat dpt..n byk konflik yang sering dialami oleh seorang insan iaitu manusia
digarap dengan cantik lam buku niey...



matahari..buku niey hasil kmpln2 cerpen....
kita kena jd matahari...^_~
nak taw lbih lanjut,kena baca...


SELAMAT MEMBACA....^_~

Tuesday, December 13, 2011

hikmah diam


Manusia bercakap setiap masa. Bercakap yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bercakap tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t. Na’uzubillah.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada
orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat
pencatat amal
7. Menutupi segala aib
Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
  1. “Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya” (Riwayat Abu Naim)
  2. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
  3. “Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)
  4. Selama mana seseorang hamba itu tidak menjaga lidahnya, dia tidak dapat mencapai hakikat iman ( Riwayat Thabrani )
  5. Selain dari mengingati Allah swt, janganlah banyak bercakap, kerana itu punca kerasnya hati dan di antara manusia yang paling jauh dari Allah swt ialah dia yang keras hatinya. ( Riwayat Tirmizi )
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK
SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN
ORANG LAIN.
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA
TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU
MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu … kerna senyum itu adalah satu sedekah ..
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik…Ada sangkaan buruk…
Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela
Mana kita tahu …
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana kita tahu …
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah
Mana kita tahu …
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya
Mana kita tahu ….
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana kita tahu …
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya
MANA KITA TAHU….TETAPI HANYA ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI….

5 syarat melakukan maksiat


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

10 jenis orang ISLAM yang kejam

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

6 perkara yang ALLAH sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibrail as solat, maka All ah SWT berfirman yang bermaksud."Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan set engahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan.* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

renungan bersama

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawahKalau semua nak tahu ...si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

Saturday, November 12, 2011

dosa yang lebih besar daripada Berzina

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Ustaz Azhar Idrus ( Original )


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti 

akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling

 soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui 

batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat 

menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan 

ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi 

peringatan."

KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.." Jawapan: Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..

2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..." Jawapan: Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?

3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?" Jawapan: Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..

4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?" Jawapan: Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?

5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..? Jawapan: Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...


Tuesday, October 18, 2011

ganjaran ALLAH


Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

Monday, October 17, 2011

Perbetul Niat Menutup Aurat

Panorama dunia kini, aurat dipandang sepi,
Dibiar terdedah begini,
Kerana hilangnya malu dalam diri.
Di manakah engkau letakkan maruah ini?
Yang menutup rapi, senang berkongsi,
Jutaan mata memerhati meneliti, cuba bertanya pada hati.
Kerana siapa menutup aurat ini?
Penampilan refleksi akhlak.
Pakaian lambang peribadi. Luaran yang diri sendiri perlihatkan adalah salah satu penyebab bagaimana 'first impression' manusia terhadap diri kita. Persekitaran mungkin mendesak saya berbicara tentang ini. Luaran terkadang tidak seiring dengan dalaman. Bimbang andai menjadi fitnah pula.
Terkadang yang menutup sedikit lebih baik daripada yang menutup banyak. Tetapi manusia itu tetap manusia yang punya kesalahan dan tidak sempurna. Yang punya peluang untuk menjadi lebih baik.
Andai berniqob, tonjolkan peribadi yang pandai menghormati hak orang lain. Andai bertudung labuh, tunjukkan peribadi yang mudah menuturkan kata maaf atas kesalahan.
Saya suka melihat dia. Dia yang sememangnya dari jurusan yang kebanyakan penuntut satu aliran dengannya memakai 'shawl' dan tudung singkat yang tidak diluluskan. Tetapi dia unik dengan menyarung tudung labuh. Memberi contoh sentiasa berzikir walau dalam majlis formal. Hebat. Bangga punya sahabat sepertinya.
Pengalaman. Dari sini ada sesuatu yang saya hendak sampaikan. Mereka. Anda. Kita. Yang bertudung labuh hatta berniqob sekalipun, tunjukkanlah contoh yang baik. Berakhlaklah seperti mana pemakaian.
Terkadang disebabkan sikap segelintir yang bertudung labuh mahupun berniqob yang kurang baik, menyebabkan wujud golongan anti tudung labuh terutamanya. Antara faktornya ialah ukhuwah renggang. Daripada sahabat yang mengalami. Masakan pokok akan bergoyang andai tiada angin yang mengusik. Kerana nila setitik, rosak sudah susu sebelanga.
Konsepnya sama sahaja dengan Islam. Islam itu adalah satu cara hidup yang benar. Tetapi oleh kerana sikap penganut agamanya sendiri tidak menggambarkan peribadi akhlak yang diajar Islam. 
Bagaimana mereka yang belum mendapat hidayah dan petunjuk bisa merasa kagum dengan Islam?
Tetapi keadaan umat Islam tidak semestinya menggambarkan Islam itu adalah begitu dan begini.
Benar, bukan?
Jika seorang muslim itu meneguk arak, tidak bermakna Islam mengajar arak itu halal. Lihat. Kesimpulan akhirnya kembali kepada manusia itu sendiri.
Jaga penampilan dan peribadi. Saya menghormati seorang kakak yang berniqob ini. Sering sahaja bangun malam dan kata-katanya penuh motivasi. Fikirannya matang. Lihat. Ini baru muslimah berniqob yang hebat.
Seorang kakak hafizah bertudung labuh. Wajah dan kata-katanya sahaja mendamaikan hati. Tenang. Hebat. Saya kagum. 
Seorang kakak bertudung labuh tetapi bukan daripada jurusan agama. Semangatnya dalam dakwah begitu membara sehinggakan saya terasa akan tempiasnya. Dia seorang kakak yang penuh ketenangan dan semangat. Memberi kekuatan kepada diri.
Saya banyak belajar pelbagai perkara daripada manusia. Dengan melihat. Merenung sendiri. Ya, sememangnya jurusan tidak menjanjikan apa-apa. Bukan kerana jurusan atau penampilan semata-mata seseorang itu hebat. Ada yang begitu tetapi yang mahu ditekankan adalah peribadi dalam diri. Saya suka mengenali seseorang. Melihat kepada akhlak. Dari situ dapat kita kenali hati budi manusia.
Apa yang baik kita lihat pada orang, kita belajar. Apa yang salah kita lihat pada orang, juga kita ambil dan belajar. Dari situ, kita lihat pula diri kita. Ini sebenarnya. Bukan kita lihat keburukan seseorang dan seterusnya membenci. Doa untuk dia. Doa juga buat diri sendiri.
Seorang kakak alam maya yang saya kenali. Walau bukan bertudung labuh, fikirannya matang. Beliau mempunyai pendapat yang sama dengan saya.
Terkadang mereka yang punya ilmu agama dan lebih menonjol dengan imej soleh atau solehah serta kopiah dan tudung labuh tidak menjanjikan peribadi yang unggul. Itu mungkin kerana ilmu yang ada tidak diamalkan. Mungkin. Lihat kembali diri sendiri bagaimana. Perlu bimbang dengan diri sendiri.
Ada juga sahabat yang saya kenali. Tiada pernah bertemu. Perkenalan tanpa sengaja. Dia bukanlah muslimah bertudung labuh. Dia bukanlah pelajar universiti. Tetapi punya semangat seperti mereka yang belajar di institusi pengajian tinggi.
Punya kata-kata seperti pelajar universiti yang mengambil jurusan agama! Peribadinya seperti yang dituntut daripada si pemakai tudung labuh mahupun niqob. Menitiberatkan solat sunat. Kata-kata sering berkait dan mengingatkan saya dengan kebesaran Allah S.W.T. Saya amat menyayangi dia, walau dari kejauhan.
Terharu. Pernah mengejutkan saya bangun sahur dengan hanya mesej. Walau tanpa diminta. Menceriakan hari dengan ucapan selamat pagi. Jika saya berjaya menggapai sesuatu, dia benar gembira tanpa rasa dengki.
Saya dapat merasakan itu. Hanya mampu senyum melihat fenomena sekeliling. Andai saya bersedih, saya amat percayakan dia untuk meluah rasa gundah. Hairan kerana saya tahu diri sendiri sedikit sukar untuk mempercayai manusia.
Sukar benar mahu mencari sahabat yang berfikiran sama seperti diri.
Andai persahabatan itu benar ikhlas, pasti sampai ke dalam hati, bukan?
Dan saya tahu inilah sahabat sebenar. Senyum. Dunia penuh teka-teki. Atas pentas drama dunia. Berliku. Menarik.
Saya lebih suka fokus kepada yang telah sedia sempurna menutup aurat. Saya suka menekankan tentang niat dalam setiap perkara. Seorang gadis yang menutup aurat dengan sempurna. Alhamdulillah. Tetapi bagaimana seandainya memakai jubah dan tudung labuh itu bukanlah kerana Allah?
"Wah, cantik aku pakai jubah, mesti ramai lelaki yang tertarik."
"Aku pakai niqob ni nampak baik, lain daripada yang lain."
Sekadar contoh. Niat merupakan paksi dalam segala amalan. Setiap apa yang kita lakukan di dunia adalah hanya kerana Allah. Kita menutup aurat kerana Allah.
Kita menyarung pakaian sebegitu bukan mahu bergaya dan ingin menyarung baju-baju yang cantik. Bukan itu yang cuma berlegar dalam fikiran. Mengikut arus fesyen moden semasa walaupun jubah. Tetapi katakan "Aku menutup aurat ini kerana Allah. Aku memakai baju begini kerana Allah."
Andai niat lain daripada matlamat sebenarnya, bagaimana amalan itu pada pandangan Allah?
Ada junior saya di UIA ini berkongsi mengatakan mahu berubah dalam penampilan. Senang dengan luahan hatinya. Dia punya hasrat ke arah itu. Tetapi terasa sedikit sukar untuk memakai pakaian seperti baju kurung kerana lebih selesa menyarung seluar. Tidak salah. Asal konsep menutup aurat itu ditepati. Asasnya longgar dan tidak jarang. Tudung dilabuhkan menutupi dada. Sudah cukup.
Tidak semestinya perlu memakai baju kurung dan menyarung jubah itu baru dikatakan menutup aurat dengan sempurna.
Tetapi sudah pasti kita mahu yang terbaik bukan?
Andaikan analogi makanan yang terhidang di atas meja. Memilih untuk ditutup dengan akhbar. Itu pun sudah cukup untuk menghalang lalat-lalat daripada menghinggapi makanan. Tetapi sudah pasti lebih baik andainya ditutup dengan tudung saji. Lebih terjamin dan selamat. Kerana tidak seperti akhbar yang ringan dan mudah terbang dibawa angin. Bisa menangkap maksud saya?
Andai terdetik mahu melakukan kebaikan, bersegeralah. Andai benar payah, ingatlah kematian. Peringatan bahawa kita nantinya akan ditanya dan dipertanggungjawab atas apa yang kita lakukan di dunia. Andai benar susah, cari sahabat yang menyokong dan berada dalam suasana tarbiah solehah. Cari kekuatan di situ. Saya percaya anda boleh!
Usah ditayang umum.
Sayang benar andainya muslimah yang cantik berkeadaan menutup aurat dengan sempurna memaparkan gambar di laman-laman sosial. Terus terang saya katakan di Facebookterutamanya.
Duhai muslimahku sayang, simpanlah fotomu. Ya, saya memahami. Terkadang segelintir mereka hanya mahu berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama sahabat.
Tetapi usahlah diupload ke laman sosial. Mungkin gambar beramai-ramai masih boleh dipertimbangkan. Tetapi mesti difikir kembali saat ingin meng'upload' foto yang jelas memperlihatkan setiap inci wajah. Lihat. Ada mata-mata yang punya penyakit dalam hatinya terseksa.
Apakah mahu gambar itu disimpan lelaki-lelaki yang melihat kerana tertarik akan kecantikan?
Simpanlah yang berharga itu buat suamimu. Usah ditunjuk, anda sudah sedia cantik.
Tidak kasihankah kepada 'dia' yang menunggu entah di mana?
Jaga diri untuk dia. Lakukannya kerana Allah. Pesan saya. Deletelah. Saya sayang benar anda, anda dan anda. Maaf andai ada hati yang terluka. Masih hingga saat sekarang, pilihan di tangan sendiri.
Menutup aurat itu wajib. Ia satu perintah daripada Allah. Pencipta kita. Oleh itu, kita yang menyedari diri ini hanya hamba, patuhilah suruhan-Nya.
Susah? Mesti taat juga.
Andainya seperti solat. Malas? Memilih untuk meninggalkan solat. Andai malas, menunggu untuk rajin dan ikhlas, baru melaksanakan solat?
Ketahuilah, ikhlas itu tidak akan datang tanpa permulaan tindakan! Kuatkan hati untuk berubah sekarang!
Menutup aurat itu cukup mudah. Jangan memakai pakaian yang ketat dan jarang. Tutup aurat bukan membalut aurat. Menutup aurat itu tidak bermaksud mesti memakai baju kurung dan jubah tetapi asal sahaja konsep menutup aurat itu dipatuhi, mencukupi. Namun, kejarlah yang terbaik.
Andai diri ini sudah sempurna memakai jubah atau kebiasaan memakai baju kurung beserta tudung labuh, saat ini mula teropong hati.
Untuk siapakah kita lakukan itu?
Untuk menarik hati-hati lelaki supaya jatuh cinta?
Untuk menonjolkan imej solehah sebaik mungkin agar mata-mata yang memandang mengatakan kita ini baik?
Lihat, musuh durjana itu pakar dalam membisik. Jaga niat. Sama-sama berpesan. Untuk diri sendiri juga.