..

:: Ahlan Wasahlan

Ahlan Wasahlan Ke Blog Ukhti Hazwani .. Moga Mendapat Faedah .. :)

blog moods


sahabatku

Monday, January 31, 2011

hatiku

di malam nan sepi ini hatiku tiba2 terdetik..mengenangkan ukhwah yang begitu erat antara diriku dan sahabatku..tali yang disimpul terlalu kukuh..sukar untuk dileraikan semula...ku merasa sangat bangga kerana mempunyai sahabat yang setia..yang memahami...sering berkongsi cerita...suka dan duka..tidak mampu kubayangkan perpisahan yang menjelang tiba..indahnya suasana ketika kami sama2 menyediakan peluru menuju ke medan perjuangan..untuk sama2 mencapai kejayaan...ya ALLAH...peliharalah tali persahabatan ini agar sentiasa kukuh..sentiasa utuh walau badai yang melanda...



di malam nian sepi ini..hatiku juga tiba2 terdetik mengenangkan pengorbanan emak dan ayah..memberikan amanat agar pulang dengan kejayaan..yang bukannya kejayaan biasa...pengharapan yang cukup tinggidisandarkan ke ats kedua bahu agar memikul tanggungjawab dengan sedaya upaya...aku yakin dengan diriku..aku mampu menggembirakan hati mak dan ayah..bukan seperti dua tahun yang lalu..tiba2 air mataku bergenang...betapa aku mengecewakan mak dan ayah..namun ku masih punya peluang...ya ALLAH..bantulah hambamu ini..permudahkanlah urusanku..agar aku mencapai kejayaan memenuhi impian ayahbonda..redhakanlah segala amalan hambamu ini..hanya padaMU ku mengadukerna ku sedar diriku hanya hamba yang lemah disisimu...

di malam yang sepi ini juga..hatiku terdetik..mengapa aku tidak punya pasangan sebagaiman remaja yang dikekelingi cinta insan dekad ini..aku temui jawapan..kerana ALLAH menyayangiku..ingin menjagaku..sehhingga aku menemui cinta insani yang selayaknya unutk diri hamba yang lemah ini..ku memohon perlindungan padaMU ya ALLAH..naugilah aku dengan kebesaranmu..jagalah hatiku agar tidak mudah dinoda..oleh setan iblis yang tidak pernah berhenti menggoda hati manusia...
ku memohon padaMU ya ALLAH..kurniakanlah ku pasangan hidup yang layak untukku...
yang mampu membimbingku ke arah cintaMU..kurniakanlah zuriat yang elok untukku..agar keluargaku nanti menepati syariat agamaMU...
cintakanlah..berikanlah..tetapkanlah hatiku..pada insan yang mampu membawaku ke arah SYURGAMU...


tips meneguhkan iman


  • bersyukur apabila mendapat nikmat
  • sabar apabila mendapat kesulitan
  • bertawakal apabila mempunyai perencanaan
  • ikhlas dalam segala amal perubatan
  • jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
  • jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
  • jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
  • jangan hasad dan iri hati atas kejayaan orang lain
  • jangan sombong sekiranya memperoleh kejayaan
  • jangan tamak kepada harta
  • jangan goyah dengan fitnah
  • jauhkan diri dari dosa2 yang besar
  • jangan membiasakan diri melakukan dosa2 kecil
  • banyak berkunjung ke rumah ALLAH
  • lakukan solat fardhu pada awal waktu dan berjemaah di masjid
  • perbanyakkan zikir dan doa kepada ALLAH
  • jangan takut kecuali hanya kepada ALLAH.
  • cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
  • bersatu-padulah kerana ALLAH dan berpisahlah hanya keranaNYA.
p/s:renung2kan dan selamat beramal....


Wednesday, January 26, 2011

kehidupan...

assalamualaikum...
hurmm...
bwat sahabat..dalam kehidupan nie...kiter kna la slalu merenung kembali apa yang dah kta bwat selama kita hidup nie...kita dicipta,didatangkan dari ALLAH...kemudian kita hidup...makan...bekerja...semuanya di atas alam ciptaanNYA..malah rezeki dalam kehidupan kita...tak kiralah sama ada dari bentuk makanan..harta semuanya dianugerahkan ALLAH...tidak sekadar itu...ALLAH juga telah mncipta parundgn yang adil kepada semua hambaNYA...iaitu ALQURAN...dan di akhir kehidupan kita..kita akan dikembalikan semula kepada ALLAH...kita juga akan dikebumikan di dalam tanah...yang mana ia adalah hak milik ALLAH....kebahagian..kesedihan...kemarahan..kesabaran...semua perasaan tue dikurniakan ALLAH...oleh itu wahai sahabat sekalian....apa yang telah kita lakukan selama kita diberi kesempatan untuk hidup ini untuk ALLAH...adakah berbaloi dengan apa yang telah ALLAH kurniakan...oleh itu...kita haruslah sentiasa melakukan yang terbaik dalam kehidupan ini...yang terbaik maksudnya sentiasa mengikuti perintahNYA...segera sentiasa bertaubat sekiranya melakukan kesalahan...kerana ALLAH itu maha pengampun...oleh itu wahai sahabat...sentiasalah kita bermuhasabah diri...ini juga pesanan untuk ana....seorang hamba yang tidak terlepas dari melakukan dosa...dan juga untuk ana sedar nikmat dari ALLAH tiada nilainya....
ya ALLAH...ampunkanlah dosa2ku...
redhakanlah kehidupanku...


Monday, January 24, 2011

semua ada dalam AL-QURAN

"Semua ilmu ada dalam AL-QURAN.."kata seorang ulama'
"maksud tuan..ilmu dunia juga?"balas seorang pemuda
"ya,ilmu dunia dan akhirat.."
"saya tidak percaya...masakan begitu...?bagi saya mustahil kitab AL-QURAN yang hanya terdiri daripada ribuan ayat itu boleh mengisi semua bentuk ilmu..."
"berapa ayat yang diperlukan untuk memuatkan semua ilmu yang ada...?"
"wah..tentulah berbilion-bilion banyaknya..bentuk dan jenis ilmu itu tersangatlah luas.."
"saya masih berpendapat semua asas ilmu itu ada dalam AL-QURAN..."
"saya tetap tidak bersetuju..."tegas si pemuda..
ulama' hanya tersenyum...tidak puas hati,keesokan pemuda itu bertemu dengan ulama' itu semula..
"tuan masih percaya semua ilmu itu ada dalam AL-QURAN..?"
"ya.."jawab ulama' itu pasti..
"kalau begitu berapa banyak minyak yang boleh didapati daripada sekilogram buah kelapa sawit...?"
Ulama' itu diam..pemuda itu merasa bangga kerana pada pengamatannya ulama' itu akan tunduk pada pandangannya..
"dan jangan lupa tunjukkan nama surah dan ayatnya sekali ya..."tambah pemuda itu..
Beberapa ketika kemudian....

ulama' itu berkata.."ya..saya tahu surah serta ayat yang boleh menjawab persoalan itu..tetapi untuk menjawabnya...mari ikut saya.."
Pemuda itu mengikut ulama tersebut menuju ke suatu tempat..
"kita hendak kemana..?"
"ikut sahajalah..."
Tidak lama kemudian mereka bertemu dengan seorang pekerja yang sedang menyelia kerja2 memproses buah kelapa sawit..ulama' itu betanya..."Tuan..boleh beritahu kami berapa banyak minyak yang boleh didapati daripada sekilogram buah kelapa sawit..?"
Penyelia itu spontan memberi jawapannya..sejurus kemudian,ulama' itu berkata.."itulah jawapannya.."
"eh..saya mahukan jawapn daripada AL-QURAN..bukan daripada penyelia...bantah pemuda itu dengan agak marah...
"itulah jawapan AL-QURAN.."jawab ulama' dengan tenang..
"apa maksud tuan...?"
"inilah jawapan AL-QURAN...dalam surah AN-NAHL ayat 43.ALLAH telah berfirman yang bermaksud...
~bertanyalah kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak ketahui...~Dan kita telah pon bertanya kepada penyelia kilang kelapa sawit ini tentang soalan kamu...inilah yang dijelaskan dalam AL-QURAN...dan inilah jawapan AL-QURAN kepada soalan kamu itu.."

p/s:AL-QURAN bukanlah kitab sejarah,sains atau ilmu2 yang lain...namun begitu..dalam AL-QURAN ada asas dan teras umum bagi ilmu2 itu yang menjadi dasar,prinsip dan panduan untuk mengembangkannya..jika seseorang mempelajari AL-QURAN secara menyeluruh..dia akan mempunyai general knowledge semua ilmu yang penting di dunia...
~untuk pengetahuan sahabat sekalian...ilmu2 yang penting di muka bumi ini asalnya adalah hasil cetusan idea dari ilmuwan ISLAM sendiri..diasakan oleh umat ISLAM..mereka mengkaji ilmu2 ini..dan sumber asasnya kajian mereka ialah AL-QURAN..oleh itu..mengapa perlu meyanjung tinggi orang barat..sedangkan orang ISLAM adalah yang terhebat..??!!

Sunday, January 23, 2011

lemah

ya ALLAH...
tika ini hatiku berbicara lg....
aku merasakan diriku terlalu lemah...
ya RAHMAN...
bantulah hambaMU ini...
kuatkanlah diriku...
peliharalah hatiku...
tingkatkanlah imanku...
lindungi aku...
dari godaan syaitan dan iblis laknatullah...
ya RABBUL IZZATI...
kurniakanlah aku sahabat yang sejati..
yang mampu membimbingku..
dalam mencari redhaMU...
yang mampu bersama2ku...
menempuhi segala perit getir...
dan cabaran yg telah ENGKAU tetapkan untukku...
ya ALLAH...
sejahterakanlah kelurgaku..
berikanlah kami kesihatan yang berpanjangan...
agar berkesempatan dalam menunaikan ibadah untukMU..
bantulah hambaMU ini...


Saturday, January 22, 2011

rinduler

 ukhwah fillah abadan abada.... >_<


hurmm....tertanam dalam lubuk hati nie satu perasaan yang teramat sangat hendak diluahkan...ana rindu...rindu pada kawan2...rindu kat polaris...rndu kat permai....rnd sangat...hurmm...antum semua mesti nak taw kan sapew kalangan kawan2 yang bertuah tue...hekhek..bg ana sumer kawan2 adalah anugerah ALLAH yang tak ternilai yang telah ALLAH kurniakan untuk ana...untuk sama2 menempuh cabaran dan dugaan yang telah ALLAH tetapkan...untuk saling nasihat-menasihati andai ada dalam kalangan kita yang terleka...terlupa...dan tugas kita juga sebagai seorang rakan untuk membimbing rakan yang lain sedaya mampu untuk bergerak seiring dalam perjalanan kehidupan ini...
buat sahabat sekalian...kangen bangat pada antum semua...
oklah...sebenarnya ukhwah antara sahabat ini andai dilansungkan atas dasar keimanan insyaALLAH pasti akan menghasilkan sesuatu perkara yang tidak mampu antara kita lakukan...andai keimanan itu juga menjadi dasar sebuah persahabatan...ia juga akan membuahkan satu keadaan...satu suasana..satu fonomena yang menunjukkan kekuatan ISLAM yang sebenarnya...oleh kerana itulah..semasa di awal dakwah RASULULLAH dulu..keimanan itu diterapkan sedaya mungkin...kerana IMAN itu adalah suatu perkara yang penting...kita boleh lihat sndri...macam mana setianya para khulafa` Ar-Rasyidin meneruskan perjuangan RASULULLAH sama ada dari segi dakwah,perbuatan,solat n macam2 lg...dan masa tue juga kejayaan ISLAM terbina satu persatu...lahirnya ilmuwan ISLAM yang ramai...hurmm...antum semua boleh nilai sndiri gak...dan ingatlah wahai sahabat semua...selemah2 ukhwah dalam sesuatu persahabatan itu adalah bersangka baik...ingat..jgn berprasangka buruk pada sahabat yang lain taw...dan ingat selalu..ana sayang kawan2 ana...
antum semua rnd sama ana......???he3....

Friday, January 21, 2011

husnul khatimah

assalamualaikum...
entah kenapa di sudut sekeping hati yang dimiliki ALLAH ini terlalu memikirkan soal kematian...terasa ingin tahu lbih lnjut mgnai mati ini...untuk pengetahuan sahabat...nemikirkan soal kematian ini adalah salah satu perkara sunat...insyaALLAH...pada masa yang sama..bolehlah kita muhasabah diri adakah cukup amalan di dunia ini untuk membawa kita ke syurga yang dijanjikan ALLAH untuk org2 ISLAM yang MUKMIN...
apakah yang telah kita lakukan untuk kembali kepada ALLAH pencipta sekalian makhluk dan alam ini....
oklah...ana sebenarnya nak kongsi pengetahuan serba sedikit tentang HUSNUL KHATIMAH...
HUSNUL KHATIMAH..maksudnya orang yang mengakhiri hayatnya dengan baik..misalnya orang yang banyak mengerjakan dosa tiba-tiba tergerak hatinya untuk bertaubat kemudian dia menjadi orang yang taat..sampai ke penghujung hayatnya,yakni menghembuskan nafasnya yang terakhir,dia tetap taat kepada ALLAH...
begitu juga orang yang tidak pernah berbuat jahat,ertinya semenjak kecil dia orang yang baik..kemudian keadaannya itu dapat dipertahankan sampai akhir hayatnya..kalau dia baik di akhir hayatnya bererti dia termasuk dalam golongan HUSNUL KHATIMAH...

antara tanda2 khusus orang yang mati dengan pengakhiran HUSNUL KHATIMAH ialah:

=mengucap LAILAHAILLALLAH..
=titisan peluh di dahi
=meninggal pada malam jumaat/hari jumaat
=mati syahid
=meniggal kerana penyakit taun
=mati kerana sakit perut
=mati akibat tenggelam dalam runtuhan
=mati kerana melahirkan
=mati kerana penyakit TB
=mati kerana mempertahankan harta
=mati kerana mempertahankan nyawa
=mati kerana beramal soleh

p/s:ana rujuk buku yang ana baca terbitan AL-HIDAYAH...smew2 la kita amik manfaat ok...

Thursday, January 20, 2011

harapan dan impian

apa yang ada di fikiran sekarang niey hanya memikirkan soal masa depan....ya ALLAH...engkau berikanlah aku keputusan yang cemerlang agar aku dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...agar bertambah pengetahuanku...agar semakin kukuh imanku...agar mampu aku memperjuangkan agamaMU....pada masa yang sama...aku  takut memikirkan keputusan STPM yang bakal keluar tak lama lagi...hanya ALLAH yg taw gelodak hati nie...tercapai ke impian ak nak ke universiti mcm kwn2 yang lain...insyaALLAH...moga2...sahabat2..doa2kanlah yer...
hurmm...kelmarin posmen datang...surat2 yang ditunggu2 oleh aku dan sekeluarga akhirnya sampai jua....pengorbanan mak dan ayah mengorbankan waktu kerja untuk membawa adik ke temuduga awal kemasukan ke SPPTD akhirnya tidak sia2....alhamdulillah...adik terpilih untuk sesi pemilihan akhir untuk menyertai pasukan tentera darat Malaysia....sekiranya adik berjaya untuk sesi pemilihan kali nie...insyaALLAH...adik juga akan menjadi seorang tentera...mcm angah...dan mcm ayah suatu ketika dahulu...moga2 semangat adik tak pudar...
untuk adik aku...all da best dik...!! :-)
angah plak tak lama lg dah nak passing out...bln 4 nie la kowt...dia pun bakal menjadi seorang tentera juga...semangat darah perjuangan mengalir dalam aluran darah kami adik beradik...semangat cintakan negara.... :-)
semoga mak dan ayah bangga dengan kami adik beradik... :-)

bismilahiraahmanirrahim...kisah ini digarap oleh seorang puteri yang dilanda kerinduan terhadap seorang datuk yang amat disayanginya...
saat diri seorang insan itu dilahirkan...dia disambut dengan seribu kesyukuran oleh kedua ibu bapanya...saudaranya...dan semua yang begitu menantikan kehadirannya....puteri sulung itu dimanja dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh...namun kegembiraan itu tidak lama...datang pula kedukaan melanda keluarga itu...mereka diuji di sebalik kegembiraan yang  baru menghampiri...hajat datuk tidak kesampaian untuk melihat cucu yang baru 10 hari menjengah ke dunia...alam ciptaan ALLAH yang maha esa...puteri tadi masih tidak memahami kedukaan keluarga yang baru kehilangan....
namun kini...puteri tadi sudah dewasa....dia sudah mengerti...memahami apakah erti sebuah kematian....
kerana pada suatu hari...saat puteri tadi bersama ayahbonda dan keluarga tercinta dalam perjalanan pulang ke rumah...berita kematian seorang datuk yang amat disayangi...telah pergi bwat selamanya....air mata yang selama ini dibendung tika melihat datuk menahan sakit...terpaksa menelan ubat yang pelbagai...jatuh mencurah2 ibarat hujan lebat yang tidak mahu untuk berhenti lagi....puteri tadi terpaksa menerima kenyataan...datuknya sudah tiada...tidak wujud lg di dunia ini...telah kembali kepada penciptanya...
puteri tadi teramat sedih kerana tiada lagi senda gurau..tempat bermanja..dan pelbagai pemberian yang khas dan istimewa untuk dirinya walau sekeping not rm10 dari datuk yang amat disayanginya....dan tiba2 kenangan lalu menerjah fikirannya...puteri itu masih ingat saat datuknya membawanya jalan2 menaiki moto kapcai dan dibasahi hujan ketika ingin pulang...mendapat hadiah setiap kali cemerlang dalam peperiksaan...mendapat wang yang lebih dari saudara mara yang lain ketika musim perayaan...dan puteri itu tidak lupa ketika datuknya setia menunggu di luar pintu pagar sekolah menanti puteri itu keluar...membeli makanan kegemaran puteri itu ketika berjalan2 ke pasar malam...dan semua itu tidak mungkin dapat dilupakan...saat arwah datuk selesai diselebungi kain kapan...saudara mara dibenarkan mencium arwah untuk kali terakhir...puteri tadi takut untuk berbuat demikian...namun digagahi jua...puteri tadi menghampiri jasad arwah datuknya..lalu dicium..di kedua belah pipi..dahi..hidung dan dagu sepertiman lazimnya yang puteri itu lakukan saat datuknya masih lagi bernyawa...puteri tadi tidak dapat menahan esak dan tangisnya...ketika saat arwah datuk selamat dikebumikan...talkin dibaca....saat itu...puteri tadi mengalirkan air mata...tiada lagi esak tangis...kerana puteri itu menyedari...datuknya tidak akan kembali ke dunia lagi...seusai habis tiga kali talkin dibaca...puteri tadi bangun dan melangkah setapak demi setapak pulang ke rumah...dan puteri itu terbayangkan kehadiran malaikat munkar dan nankir menghampiri jasad datuknya...air matanya menitis lagi...
ya ALLAH...moga kau tempatkan arwah datuk di kalangan hambamu yang soleh...
saat ini...puteri itu begitu merindui arwah datuk...kerana setiap kali pulang ke kampung...puteri itu terbayang saat2 dia bersembang..melayan...makan...bersama datuknya...lalu dalam keadaan yang sedih...puteri itu mencoretkan kisah ini untuk tatapan...bagi menghilangkan kerinduan...dan saat ini juga air mata ini menitis lagi...
AL-FATIHAH..untuk arwah..dan puteri itu adalah.......

kehidupan

pada suatu hari seorang pemuda bersiar-siar di tepi hutan..ketika dia menghirup udara rimba yang segar,tiba2 terdengar ngauman harimau..bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu masanya sahaja...hamba Allah ini lari untuk menyelamatkan diri...harimau itu mengejar pemuda ini...dia berlari lintang pukang,sempat juga berdoa untuk diselamatkan...Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di hadapannya...pemuda ini terjatuh kedalam perigi itu...perigi itu dilengkapi dengan tali yang pendek dan sebuah timba...dia bergantungan di tengah2 perigi itu dan berfikir untuk menyelamatkan diri...tiba2 dia terdengar bunyi kocakan air....rupa2nya ada dua ekor buaya yang kelaparan...apalah nasibnya..sudah jatuh ditimpa tangga pula..kemudian keluar seekor tikus putih dari celah2 perigi itu..lalu tikus itu naik ke atas melalui tali pemuda itu bergayut..tikus itu terus menggigit tali itu...dia berfikir lagi...jika dia naik ke atas dia akan dibaham harimau..tiba2 sekumpulan lebah membawa madu..dia pun mendongak ke langit dan setitik madu terjatuh ke dalam mulut pemuda itu...sungguh nikmat hingga tidak terkata...ingatlah,kerana setitik madu pemuda itu lupa yang harimau itu sedang menantinya...untuk pengetahuan anda,pemuda itu adalah kita semua...harimau yang mengejar iru adalah maut,ajal yang sentiasa mengejar kita....dua ekor buaya itu adalah malaikat Mungkar dan Nangkir yang menanti kita di dalam kubur....tali yang hamba ALLAH bergayut itu adalah jangka hayat kita,kalau pendek talinya maka panjang lah umur kita...dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita...tikus itu adalah dunia kita siang malam yang sentiasa menghakis umur kita...madu yang jatuh ke dalam mulut hamba ALLAH itu adalah nikmat dunia...bayangkan setitik sahaja madu yang jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya itu....perkara ini adalah sama seperti kita apabila mendapat nikmat kita sudah lupa pada ALLAH dan apabila waktu susah barulah kita hendak ingat ALLAH...sentiasalah pahat di hati bahawa itu pasti...hidup itu insyaALLAH...

apabila anda...

>>apabila semuanya serba tak kena,dan tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat...ingatlah...anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi..

>>apabila hidup diselebungi kegelapan,semuanya silap,carilah sinaritu dari Dia Yang Maha Memberi Cahaya...

>>apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada siapa pun yang mahu mengambil kisah,ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu...Dia Yang Maha Adil..

>>apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan qudratmu,jangan berputus asa kerana Dia melihat segala2nya...

>>apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh yang perlu diharungi,carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa..

>>apabila hidup ini dirasakan beban,segalanya goyah,bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-NYA

>>apabila jalan digelapi mendung,sedangkan tiada siapa di sisi sudi menemanimu,carilah jalan lurus itu dariNYA..yang menjadi satu2nya panduan hidup

>>apabila semua orang di sekelilingmu tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar..

>>apabila miskin dan papa anda terperangkap dalam kesempitan,ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya..

>>apabila engkau dalam kedukaan,sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri mengadulah kepada Dia Yang Satu..

>>apabila keseorangan dan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya serahkan dirimu kepada Dia...satu2nya tempat yang bolehdigantungkan harapan..

>>dan apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang2 yang sabar...


Tuesday, January 18, 2011

taubat...??

"sebaik2 pendosa adalah yang bertaubat..
  itulah yang sebenarnya..."
Naqeb memberikan nasihat...lalu dia menceritakan perihal seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang manusia...lelaki itu kemudiannya membunuh orang yang ke seratus...akhirnya lelaki itu menyesal dan bergerak melakukan taubat..dengan izin ALLAH lelaki itu meninggal dunia sebelum sempat bertaubat..
lelaki itu mati dalam perjalanannya ke tempat taubat.."apa yang terjadi pada lelaki itu agaknya...?'
Naqeb bertanya...
dia masuk syurga..ALLAH mengampunkannya..
Harith menjawab..dia ada mempelajari kisah ini dalam bab taubat..mata pelajaran Hadyi An-Nabawi Fil Adab Wa Ar-Riqaaq.."kamu nampak bagaimana keadaan lelaki itu...?"Naqeb bertanya..ketiga2nya mengangguk..tidak tahu bagaimana hendak menjelaskannya.."dia tidak sempat bertaubat pun..tetapi ALLAH telah mengampunkannya.."Hafiz menyambung...Harith,Yusuf dan Wafiq terpana...mereka nampak bahawa Naqeb dan Hafiz cuba menyampaikan sesuatu.."manusia ini ada turun dan naiknya...Iman itu bukan statik atau terus meningkat tanpa ada kejatuhan..tetapi untuk orang yang beriman..dia tidak akan sesekali redha dengan dosa yang dia telah lakukan..maka dia akan sedar diri dan bertaubat.Namun sebagai manusia..dia akan jatuh semula..
sebab itu kalau kau perhatikan ALLAH ada berfirman fasal DIA mencintai orang yang sering melakukan taubat..Naqeb kemudian membaca ayat 222 dari surah Al-Baqarah..
"sesungguhnya ALLAH menyintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri..."
~ana petik dari sebuah novel...same2 hayati dan amik iktibar...~


hadirlah kasihMU..

di malam ini..ku menangis sepi..
derita hati melanda diri
kerana dosa2 silam yang menyelimuti
ku pinta dariMU YA RABBI...kasih yang sejati...

di malam sepi ini...
ku lukis lagu rindu
menanti kasihMU
hadir dalam jiwaku

ya RABBUL IZZATI...
hadirkanlah cintaMU
dalam hati nurani..
pimpinlah diriku..
dalam redhaMU..

dengarlah rintihan dari hambaMu ini...
ku pohon restuMu dan ampunan dariMU
oh TUHAN...
dengarlah rayuan hatiku...
ku sujud padamu tanda kasih sayangku...

hadirkanlah cintaMU di hatiku
hadirkanlah kasihMU di jiwaku...



Sunday, January 16, 2011

bismillahirrahmanirrahim

ya ALLAH...
ku mulakan madah bicaraku pada malam ini dengan ungkapan
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ketika ini aku megharapkan redhaMU
dalam keputusan yg ingin kulakukan...
aku mahu hatiku dijaga olehMU...
sentiasa mendapat redhaMU...
hati remajaku tika ini dilamar seekor kumbang..
yg belum ku kenali sepenuhnya....
perlukah aku menerimanya...
aku masih punya ibu bapa...sahabat...teman...
dan saudara mara untuk menyayangiku...
mungkin aku menerima kumbang itu...
tetapi bukan untuk menjadi teman hidupku...
sama ada untuk seketika atau selamanya...
biarlah ketika ini...dia menjadi teman seperjuanganku..
dalam mengharungi kehidupan...
demi agamaMU....
bukakanlah pintu hatinya..agar memahami hatiku...
wahai kumbang...
moga kau mendengar rintihan hati ini....
ya RABBUL IZZATI....
pada tika dan saat ini jua...
ku memohon padaMU...
agar kau kurniakan diriku...
jodoh yang mampu membimbingku...
atas neracaMU...
dan bersama2ku...memprjuangkan AGAMAMU....
pada saat yang KAU rasakan layak...
untuk aku...
menjadi seorang muslimah yang sejati...
insan yang disegani..
teman yang memahami...
dan...
isteri yang mithali...
ya ALLAH...
kehidupanku hanya mengharapkan keredhaan darimu...
tidak terasa apa2 pada diri ini...
andai diri jatuh tersungkur...
hilang dalam kegelapan..
dari ajaran mulia dari utusanMU....
ya RAHMAN...
berkatilah kehidupanku ini....
di atas alam ciptaanMU....
AMIN...



Saturday, January 15, 2011

hanya padamu

ya ALLAH...
di kedinginan malam ini
ku labuhkan tirai amal
untuk kusembahkan
buat rekod kitab amalanku
yang tidak pernah ditilik tinjau
ku tahu redhaMU belum pasti
kujua tahu ampunMU belum nyata...

ya ALLAH...
hanya pintaku yang kerdil ini
agar hidup dalam inayahMU
agar matiku tika iman tebal padaMU
kerana diri ini tidak pasti
kudrat diri tidak akan mampu
meniti siratMU dengan kosong amal...
jasad ini tidak mampu rentung
dalam azab nerakaMU yang dasyat...

TERIMALAH TAUBAT HAMBAMU....Amin...



Friday, January 14, 2011

dia

si gadis termangu di tangga.fikirannya menerawang jauh..memori indah bersama jejaka idaman membuatnya tidak senang duduk..buku usuluddin yang digenggam tadi tidak dibaca malah hanya menjadi teman bicara..si gadis kerinduan..!!kepada siapa lagi klu bukan kepada si dia....

..alangkah ruginya gadis jika dia tahu sesungguhnya hati seorang wanita itu akan mati sekiranya sering malayani perasaanya terhadap seorang ajnabi dan sering mengingatinya tidak kira di mana jua...justeru..berdosakah jika ada rasa cinta..cinta adalah milik semua..cuma jika keadaanya rosak maka rosaklah kesuciannya..cinta yang agung adalah cinta padaNYA..kelansungan cinta itu ..maka terbitlah cinta sesama insan..jika insan gersang cinta ILLAHI...maka cinta pada manusia hanya bersifat fatamorgana kerana kesetiaan dan tanggungjawab yang hebat itu datang dari iman mujahid yang mendambakan cinta ILLAHI...


salahkew cinta....

cinta...siapa boleh kawal bila jatuh cinta..kalau dh jatuh cinta jatuhlah juga...kerana cinta itu adalah fitrah manusia..manusia mmg ada fitrah untuk mencintai dan dicintai..tetapi....
....tetapi cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan...jgn cinta yg mengawal keimanan kita..biarlah keimanan kita mengawal cinta...cinta itu memerlukan pengorbanan...bukan korbankan maruah,diri,harta segalanya untuk pasangan kita...tetapi korbankan masa,harta,diri kita untuk tarbiyah diri agar kita bersedia untuk membina keluarga yg diredhai ALLAH...
ya ALLAH....
hambamu ini begitu lemah....
kuatkanlah imanku..
agar dapat mencapai redhaMU...
dalam setiap keadaan....
bantulah hambaMU.....
keredhaanMU adalah kepuasan bagiku...

ukhwah...

aku mmbca sebuah bku...novel islamik yg telah digarap dengan cantik oleh penulisnya...HILAL YUSOF...sunnguh memberi kesan yg amt mendalam dalam diriku...ukhwah itu andai dibina berdasarkan iman mampu memberi impak yang semaksima mungkin kepada kehidupan insan...ya...ukhwah atas dasar keimanan...namun...wujudkan ukhwah sebegitu di saat dan ketika ini...

kata2 yg pnoh hikmah...dan pnoh iktibar...
...wahai sahabatku..mari membina persahabatan atas dasar keimanan...kerana ia akan melahirkan sesuatu yg luar biasa...yg membawa kebaikan kepada agama...sehingga pada satu ketika..ketika iman itu begitu ampuh dan kukuh...akan terzahir seungkap kata...
....sahabatku...aku tidak akan membiarkan dirimu hanyut dibawa arus dunia...aku akan bersamamu pada setiap ketika...walau ke neraka sekalipun...untuk membawamu kembali berpimpinan tangan ke syurga ILLAHI....

..namun..kuatkah aku...??ampuhkah imanku...??mari sahabat saling bantu membantu....

YA RABBUL IZZATI...BANTULAH HAMBAMU...!!

kawan scha

nie la kgkwn ak yg selama nie brjuang bersama2 mnmpuhi cabaran n dgaan hidup...

yg mmbntu ak time waktu susah n sng mse dok SMKAK...fuh...!cbrn.....!!

permai in my heart 4ever n ever

permai tanpa aku...:-(

jannah,scha,siha,pura,ala,chua,ira n thohirah

hepi together...

...sahabat sejatiku...

sahabat dalam PERMAI adalah sahabat yg dianugerahkan untuk aku...bersama2 menempuhi suka duka
 sepanjang kehidupan berada di SMK AGAMA KEDAH...bukanya sedikit kenangan tue..tapi banyak..walau setahun kami berada di PERMAI..dan kenangan tue takkan aku lupa smpai bla2...tahun itu juga terlalu banyak cabaran untuk diriku..berada dalam suasana sekolah yg baru...kwn2 dorm yg bru..yg msing2 tak mengenali latar belakang..peribadi masing2..tambahan pula tahun peperiksaan..tahun yg amat penting untuk mencapai impian melangkah masuk ke universiti...tp...dengan semangat ahli PERMAI ini yg memnguatkan azamku...membulatkan tekadku..untuk sama2 berusaha mnjd salah seorg pelajar cemerlang dalam STPM...
pernah pada suatu hari....
aku nkgkwan g outing..nk g mkn marrybrown...yealaa...time tue kan marrybrown bg diskoun...pew lg..enjoy la kt snew..g kuar outing kt shahab tue jalan kaki jerk..perkara biase bg student SMKAK...bla dh abih mkn..perut dh kyang..then..bliklah...tp bla blik jerk..ak rsa sakit perut..kwn2 ak yg len pon smew...
pg tue prhimpunan pg..satu dorm kmi kna g klinik...amik ubat..doktor kta kracunan makan..ak smpai dapat cuti 3 hari...fuh..lpas tue..serik dh nk makan marrybrown...kngn laa sumer tue...nie bwu sket..nnt ada masa dan kelapangan...ak tulis len yer....


Saturday, January 1, 2011

ku perlukanmu sahabat

sahabatku

aku mmrlukan dirimu dalam meneruskan perjuangan ini

perjuangan dalam mempertahankan persahabatan ini

perjuangan demi memajukan diri sndri

demi agama

demi bangsa

demi negara

aku ingin menjadi insan yg berguna

bermanfaat kepada yg lain

aku tidak mahu dipandang rendah,sepi dan tidak bermaruah...

kerana agamaku telah mngajar aku

mnjadi insan yg hebat,dsanjungi dan dhormati...

aku ingin mnjd setabah RASULULLAH S.A.W

sehebat KHULAFA` AR-RASYIDIN

segagah KHALID AL-WALID

yang sanggup berkorban demi agama yang mulia...

ISLAM agamaku...ISLAM pilihanku...

bimbinglah sahabatmu ini..

untuk menemui apa yg dicari...

apa yg diingini...

hulurkan tanganmu wahai sahabatku...

agar dapat ku genggam erat..

tidak keseorangan meniti perjalanan ini...


..ahlan wasahlan wa marhaban bikum 2011..

dorm 2010

stpm candidate 2010

baitul tolabah

gotong royong

puteri pra u 2o1o

model blok pra u

kelas pra u A1 2010

...sepanjang 2010...
aku bersedia untuk mnjd salah seorang pelajar yang menuntut di maktab agama kedah... :-)
eh...smk agama kedah..seorang pelajar sekolah agama..sesuatu yg berat dan amat tidak dijangka bg insan yang bergelar `aku`..kna pulun mngaji btoi2 coz nie dah last stage nak msok u..cita2 n harapan sejak kcil lg...dan jga hrapan mak n ayah nak lhat anknya berjaya...hurmm...rakan sebilik yg bru...amat bermakna bg aku...bersama-sama mnmpuh sgala geir dan prit bergelar senior...berkongsi saat suka dan duka..ltih dan kcwa...urmm...adakah persahabtan ini dbina atas dasar keimanan...mgkn...??
...then trial..then exam...tmtla sdh pgajian...2010 adalah tahun yg pling mncbr bg diriku...
..moga kjayaan dpat dikecapi...