>>apabila semuanya serba tak kena,dan tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat...ingatlah...anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi..
>>apabila hidup diselebungi kegelapan,semuanya silap,carilah sinaritu dari Dia Yang Maha Memberi Cahaya...
>>apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada siapa pun yang mahu mengambil kisah,ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu...Dia Yang Maha Adil..
>>apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan qudratmu,jangan berputus asa kerana Dia melihat segala2nya...
>>apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh yang perlu diharungi,carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa..
>>apabila hidup ini dirasakan beban,segalanya goyah,bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-NYA
>>apabila jalan digelapi mendung,sedangkan tiada siapa di sisi sudi menemanimu,carilah jalan lurus itu dariNYA..yang menjadi satu2nya panduan hidup
>>apabila semua orang di sekelilingmu tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar..
>>apabila miskin dan papa anda terperangkap dalam kesempitan,ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya..
>>apabila engkau dalam kedukaan,sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri mengadulah kepada Dia Yang Satu..
>>apabila keseorangan dan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya serahkan dirimu kepada Dia...satu2nya tempat yang bolehdigantungkan harapan..
>>dan apabila parut lukamu dicederakan lagi,hatimu dicakari kebimbangan ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang2 yang sabar...
No comments:
Post a Comment