..

:: Ahlan Wasahlan

Ahlan Wasahlan Ke Blog Ukhti Hazwani .. Moga Mendapat Faedah .. :)

blog moods


sahabatku

Wednesday, August 31, 2011

syawal

bismillahirrahmanirrahim....
alhamdulillah syukur..kita semua berkesempatan menyambut raya utk syawal tahun ini...bagi ana...alhamdulillah...syawal ini amat memberi mkna utk ana dan keluarga...mungkin suasana syawal tahun ini berbeza sdikit pd tahun2 sblum ini dan tahun2 akn dtg...=)..wah...makin meningkat umur..makin byk dpt dwet raya...seronok ana dpt dwet rya...yg besar2 lak tue..kan dh bsar...^_^..ok di sini ana sisip skit2 gmbaq2 rya utk tahun ini....salam lebaran smua...=)






Thursday, August 25, 2011

kemanisan berMADU

 
 
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..." Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya – "

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu 'Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan"...^_^

lubuk hati

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah..Program Pencarian Khalifah Muda ASMKTJ 2011 telah melabuhkan tirai dengan jayanya pd 18/8/2011 dengan jayanya..namun disebalik kegembiraan,suka dan rasa lega kerana telah terlaksana tugas yg dipikul selama ini...terselit juga rasa sedih dan hiba..terlalu banyak kenangan yg kmi kongsi bersama2 sepanjang program ini berlansung..kenangan yg tercipta ini mungkin sukar utk ana lupakan..ana seperti berada dalam sebuah keluarga yg besar...hidup bersama2 utk melaksanakan satu misi utk kebaikan org lain..ana amat menyayangi keluarga ini..keluarga yg bukan mdah utk dicari..kerjasama erat yg tercetus antara ana dan ahli keluarga ini mungkin sukar utk dijumpai,ditukar ganti...walau banyak gangguan,cabaran yg perlu ditempuh..berderai air mata saat tidak kuat lagi utk menanggung..ahli keluarga kmi hadir..mmbri sokongan dan dorongan..penguat semangat utk meneruskan program ini...kami melakukan yg terbaik utk menghasilkan yg terbaik..insyaALLAH lebih baik..utk Finalis Khalifah Muda ini...pertemuan antara kami juga tidak dirancang..bermulanya juga hanya utk menjayakan satu program..namun lama kelamaan kasih sayang sesama saudara itu hadir..mewujudkan suasana harmoni..kerjasama erat dan akhirnya...penutup Program Khalifah Muda ini dapat mendarat dalam keadaan yg amat selesa dan terus memuaskan hati semua pihak...dah banyak program yg ana ikut..tapi..program ini satu2nya membuatkan hati ana rsa bahagia...kerana ana dapat berkhidmat utk insan2 yg ana kenal..ana sayang..tidak terungkap dengan kata2 bila program ini tamat..jujurnya terlalu berat bg ana utk tinggalkan keluarga niey..
n to all...my beloved sister's n brother's..
trima kasih krn mmbri layanan yg baik kpd ana...ana hrp ukhwah ini akn terus berkekalan hingga ke akhirnya...jgn lupa kngn msk2 kita narh,sahur,bukak posa,kmas dewan...n semua2 kngn yg tak terungkap dgn kta2..hnya dri yg mengalami akn merasai...teruskan prjuangan kalian n doakan ana..smoga kita sma2 succes dlm bdg msing brsndrkan stu mtlamat...ISLAM ADALAH YG TERTINGGI..DAN APA YG KITA BUAT..MNCERMINKAN DRI KITA SBGAI MUSLIM YG SBNRNYA...moga terus istiqomah yaa...uhibbukumfillah...tidak lupa juga kpd smua KM..perjuangan anda sbgai Khaliah Muda di zaman moden niey bru sja brmula...tingkatkan prestasi..jga peribadi..all da best tok smua...=)

Monday, August 15, 2011

islamic couple

Kisah Couple Islamic - Untuk renungan buat diriku dan sahabat2 sekalian...
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tid...
ak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".
Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.
Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..(NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA) peringatan untuk diri SAYA sendiri terutamanya...wallahualam.
"Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supayar empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan."-Imam Syafie

Tuesday, August 9, 2011

aku menunggumu

Isi Hati Sang Ikhwah
Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.



Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah.

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu.




"Ya Allah, kami saling merindui, namun kami tidak pernah mengenal antara satu sama lain, oleh kerana Kau telah menutup pandangan kami dengan hijab yang sangat tebal. Namun, kami yakin Engkau menghijab kami agar kami sentiasa melengkapkan diri dengan segala bekal yang diperlukan. Kami memohon agar hijab di antara kami segera terbuka bila mana kami benar-benar bersedia. Pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayang antara kami hanyalah satu..Menuju redhaMu"

Friday, August 5, 2011

gud luck



bismillahirrahmanirrahim....
assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...(jwb jgn tak jwb..^_^)..
semestinya seluruh rakyat jelata sedang mengetahui bahawasanya sekarang ini sedang berlansungnya Peperiksaan Percubaan utk pelajar2 tingkatan peperiksaan..tidak kira sama ada UPSR,PMR,SPM dan STPM...alhamdulillah...di bulan penuh barakah ini..pelajar2 dapat memperuntukkan lebih banyak msa utk mengulangkaji pelajaran & cover yg mna tak sempat nk stdy..=)..oleh itu..di kesempatan ini..ana nak ucpkan...gud luck...smoga berjaya...bittaufiq wannajah utk imtihan ini...insyaALLAH..usaha yg ada kita boleh dpt kejayaan setimpal dengan apa yg dh kita usahakan...kan3x...=p..
tpi..jgn kerana nk exam tertinggal pulak solat dhuha,tahajjud,tadarus,tarawikh...bulan Ramadhan adalah bulan yg penuh keberkatan...oleh itu..pergunakanlah sebaik mungkin...kerana belum tentu pasti kita akn bertemu lgi Ramadhan yg akn datang...
di sini jugak ana nak pesan...msa musim2 gni..msti rmy yg nak mntak maaf ats segala kslhn yg dh kita lakukan...urmm..ana sarankan...kita niat dlu di dlm hati utk memaafkan segala kesalahan insan2 lain kpd kita...insyaALLAH...kita jugak akn mndpt kemaafan dr mereka...=)...lagi satu...hubungan sesama manusia haruslah dijaga apatah lagi hubungan dengan ALLAH...ALLAH adalah sumber kekuatan kita...jatuh bangunnya kita hanya ALLAH yg mengetahui...utk mndpt keredhaan ALLAH...lksanakan ibadah kita dengan sebaiknya...ibadah ini bkan sahaja perkara2 wjib yg telah kita laksanakn...segala perbuatan kita adalah ibadah..yg pnting..niat di dalam hati...segalanya hanya utk mendapatkan keredhaan ALLAH...
last but not least...~cewah..^_^...doa,usaha,ikhtiar n tawakkal..all da best utk smua cndidate exam utk tahun ini..especially..adik2 ana at SMKTJ n SMKAK...insyaALLAH..mabruk..!=)..ttp sekiranya ALLAH tdk memberikan kejayaan..jgn terus menyalahkan diri sendiri..mungkin ALLAH ada susunan yg terbaik utk hamba2nya..redha dengan segala ketentuannya...^_^
salam imtihan...^_^