..

:: Ahlan Wasahlan

Ahlan Wasahlan Ke Blog Ukhti Hazwani .. Moga Mendapat Faedah .. :)

blog moods


sahabatku

Thursday, November 22, 2012

Puasa Sunat 10 Muharram

Bismillahirrahmanirrahim ...

:: Moga ALLAH Redha ::

hermm .. pagi yang hening di hari Jumaat niey .. dalam dok sja2 pon .. banyak dpt ilmu sebenarnya .. terutamanya isu puasa sunat 10 Muharram niey .. :) ana ada crik2 maklumat pasal perkara nim .. memandangkan tahun niey .. 10 muharram jatuh hari sabtu .. kita kena ka posa hari jumaat .. tgok jawapan kt bawah niey ekh .. ^^ .. slmt membaca .. hal kebaikan kita sebarkan .. andai ada salah .. tgur2kan .. ^^

  • Bagi sesiapa yang mampu, mari kita sama-sama berpuasa sunat esok (23 Nov = Hari Tasu'a 9 Muharram) dan ( 24 Nov 2012 = Ashura' = 10 Muharram) dan bakal beroleh kebaikan iaitu keampunan dosa kecil setahun, manakala dosa besar pula diharapkan dapat berkurangan atau menyuntik kekuatan untuk taubat di samping pahala mengikut Sunnah. Demikian pandangan Imam An-Nawawi.
  • Imam Ibnu Qayyim berpandangan terdapat tiga kaedah melaksanakan puasa hari ‘Ashura iaitu:-
  • 1. Berpuasa tiga hari iaitu pada 9, 10 dan 11 Muharram, atau
  • 2. Berpuasa 9 dan 10 Muharram, atau
  • 3. Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Tasu'a berasal daripada Bahasa Arab tis'a yang ertinya sembilan, sementara 'asyura berasal daripada ‘asyara yang bererti sepuluh.
Puasa Tasu'a dan 'Asyura dikerjakan pada tarikh 9 dan 10 Muharam pada kalendar Hijrah. Tahun ini (1433H) Puasa Tasu'a dan 'Asyura dikerjakan pada hari Isnin dan Selasa (5 dan 6 Disember 2011). Hukum puasa ini adalah sunnah; dianjurkan untuk dikerjakan namun tidak berdosa bagi yang tidak melakukannya. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Puasa itu boleh menghapuskan dosa-dosa kecil pada tahun lalu.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Puasa 'Asyura telah dilakukan oleh masyarakat Quraisy Makkah pada masa jahiliah.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam juga melakukannya ketika masih berada di Makkah mahupun setelah berada di Madinah.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasulullah sempat diprotes oleh umat Islam di Madinah:
“Ya Rasulullah, hari itu ('Asyura) diagungkan oleh Yahudi.”
Maksudnya, kenapa umat Islam mengerjakan sesuatu umpama seperti yang dilakukan oleh umat Yahudi? Baginda lalu bersabda:
“Pada tahun depan insya-Allah kita akan berpuasa pada tarikh 9-nya.”
Setelah itu, tidak hanya disunatkan berpuasa pada tarikh 10 tetapi juga tarikh 9 Muharam. Namun, sebelum datang tahun berikutnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah wafat.
Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan keinginan beliau untuk berpuasa pada tarikh 9, dimaksudkan agar tidak sama seperti yang dilakukan oleh Yahudi dan Nasrani. (Fathul Bari 4: 245)
Soal persamaan dengan puasa Yahudi ini diriwayatkan bahawa ketika tiba di Madinah, Rasulullah melihat orang-orang Yahudi di sana juga berpuasa pada hari 'Asyura.
Baginda bertanya,
“Puasa apa ini?”
Mereka menjawab,
“Satu hari yang baik, ini adalah hari Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu sebagai tanda syukur.”
Maka baginda bersabda,
“Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kamu (Yahudi), maka kami akan berpuasa pada hari itu, sebagai bentuk pengagungan kami terhadap hari itu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Setelah Rasulullah wafat, hari 'Asyura' dijadikan oleh kumpulan Syiah, iaitu kumpulan yang sangat mengagungkan Saidina Ali dan keluarganya, sebagai hari berkabung, dukacita dan menyeksa diri sebagai ungkapan kesedihan dan penyesalan, yang mana persamaan tanggal itu juga, Saidina Hussein terbunuh di Padang Karbala.
Pada setiap hari 'Asyura, kumpulan Syiah memperingati kematian Hussein dengan cara berkumpul, menangis, meratapinya secara histeria, membentuk kumpulan-kumpulan berkeliling di jalan-jalan dan di pasar-pasar sambil memukul badan mereka dengan rantai besi dan belati, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan lain-lain.
Sebagai bandingan daripada apa yang dilakukan oleh orang Syiah di atas, kelompok umat Islam yang lain menjadikan hari Asyura sebagai hari raya, pesta dan serba ria. Dua budaya yang sangat kontra ini berlangsung terutamanya pada zaman dinasti Buwaihi (321H-447 H.). Pada masa itulah berlakunya pertentangan antara Sunni dan Syiah dengan hebatnya.
Justeru, hari 'Asyura sepatutnya diisi dengan ibadah puasa saja sebagaimana yang telah dianjurkan oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam.
Tentang keutamaan puasa 'Asyura ini, Ibnu Abbas menyatakan,
“Saya tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa pada suatu hari kerana ingin mengejar keutamaannya selain hari ini ('Asyura) dan tidak pada suatu bulan selain bulan ini (maksudnya bulan Ramadan).”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Selain itu, pada hari Tasu'a dan 'Asura ini umat Islam digalakkan memperbanyak istighfar (atau membaca astaghfirullahal azim), meminta ampun kepada Allah dan membaca hauqolah (la haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil azim) sebagai bentuk pengakuan bahawa tiada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah.
Semoga Allah menurunkan rahmat-Nya dan menghilangkan segala bencana.

No comments: