..

:: Ahlan Wasahlan

Ahlan Wasahlan Ke Blog Ukhti Hazwani .. Moga Mendapat Faedah .. :)

blog moods


sahabatku

Thursday, January 20, 2011

bismilahiraahmanirrahim...kisah ini digarap oleh seorang puteri yang dilanda kerinduan terhadap seorang datuk yang amat disayanginya...
saat diri seorang insan itu dilahirkan...dia disambut dengan seribu kesyukuran oleh kedua ibu bapanya...saudaranya...dan semua yang begitu menantikan kehadirannya....puteri sulung itu dimanja dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh...namun kegembiraan itu tidak lama...datang pula kedukaan melanda keluarga itu...mereka diuji di sebalik kegembiraan yang  baru menghampiri...hajat datuk tidak kesampaian untuk melihat cucu yang baru 10 hari menjengah ke dunia...alam ciptaan ALLAH yang maha esa...puteri tadi masih tidak memahami kedukaan keluarga yang baru kehilangan....
namun kini...puteri tadi sudah dewasa....dia sudah mengerti...memahami apakah erti sebuah kematian....
kerana pada suatu hari...saat puteri tadi bersama ayahbonda dan keluarga tercinta dalam perjalanan pulang ke rumah...berita kematian seorang datuk yang amat disayangi...telah pergi bwat selamanya....air mata yang selama ini dibendung tika melihat datuk menahan sakit...terpaksa menelan ubat yang pelbagai...jatuh mencurah2 ibarat hujan lebat yang tidak mahu untuk berhenti lagi....puteri tadi terpaksa menerima kenyataan...datuknya sudah tiada...tidak wujud lg di dunia ini...telah kembali kepada penciptanya...
puteri tadi teramat sedih kerana tiada lagi senda gurau..tempat bermanja..dan pelbagai pemberian yang khas dan istimewa untuk dirinya walau sekeping not rm10 dari datuk yang amat disayanginya....dan tiba2 kenangan lalu menerjah fikirannya...puteri itu masih ingat saat datuknya membawanya jalan2 menaiki moto kapcai dan dibasahi hujan ketika ingin pulang...mendapat hadiah setiap kali cemerlang dalam peperiksaan...mendapat wang yang lebih dari saudara mara yang lain ketika musim perayaan...dan puteri itu tidak lupa ketika datuknya setia menunggu di luar pintu pagar sekolah menanti puteri itu keluar...membeli makanan kegemaran puteri itu ketika berjalan2 ke pasar malam...dan semua itu tidak mungkin dapat dilupakan...saat arwah datuk selesai diselebungi kain kapan...saudara mara dibenarkan mencium arwah untuk kali terakhir...puteri tadi takut untuk berbuat demikian...namun digagahi jua...puteri tadi menghampiri jasad arwah datuknya..lalu dicium..di kedua belah pipi..dahi..hidung dan dagu sepertiman lazimnya yang puteri itu lakukan saat datuknya masih lagi bernyawa...puteri tadi tidak dapat menahan esak dan tangisnya...ketika saat arwah datuk selamat dikebumikan...talkin dibaca....saat itu...puteri tadi mengalirkan air mata...tiada lagi esak tangis...kerana puteri itu menyedari...datuknya tidak akan kembali ke dunia lagi...seusai habis tiga kali talkin dibaca...puteri tadi bangun dan melangkah setapak demi setapak pulang ke rumah...dan puteri itu terbayangkan kehadiran malaikat munkar dan nankir menghampiri jasad datuknya...air matanya menitis lagi...
ya ALLAH...moga kau tempatkan arwah datuk di kalangan hambamu yang soleh...
saat ini...puteri itu begitu merindui arwah datuk...kerana setiap kali pulang ke kampung...puteri itu terbayang saat2 dia bersembang..melayan...makan...bersama datuknya...lalu dalam keadaan yang sedih...puteri itu mencoretkan kisah ini untuk tatapan...bagi menghilangkan kerinduan...dan saat ini juga air mata ini menitis lagi...
AL-FATIHAH..untuk arwah..dan puteri itu adalah.......

2 comments:

Cahaya Cinta Ilahi said...

adalah..kamu whai shabku..brsabarlah..doaknlah smoga arwah dtemptkn dgn org2 yg soleh..setiap prtemuan itu psti ada perpisahan,stiap permulaan psti ada pngakhirnnya & bgitu jga dgn pnghidupan kita psti akn mnmui kematian...

ukhti hazwani said...

thanks sahabat....